Menu
Ellen Page Kehidupan PeribadiPada tahun 2008, Page merupakan salah seorang daripada 30 selebriti yang terlibat dalam satu siri iklan atas talian untuk " Kempen Amerika Syarikat untuk Burma" yang menggesa penamatan pemerintahan diktator di Burma.[13]Beliau menggelar dirinya sebagai feminis pro-pilihan. Dia menghadiri sekolah Buddha pada zaman remajanya dan mengamalkan yoga dan meditasi. Selain itu, dia juga mengamalkan gaya kehidupan vegan (diet tanpa produk haiwan) dan PETA telah menamakan dia dan Jared Leto sebagai "vegetarian" yang terseksi pada tahun 2014. Beliau adalah seorang ateis.
Pada 14 Februari 2014, Page mengakui dirinya ialah seorang homoseksual dalam satu ucapan persidangan Kempen Hak Kemanusiaan "Masa untuk Perkembangan" di Las Vegas. Pada tahun 2014, Page dimasukkan dalam senarai tahunan "40 bawah 40" dalam majalah "The Advocate".
Pada September 2015, beliau mengesahkan dia mempunyai hubungan dengan artis dan peluncur ombak Samantha Thomas, yang telah menemaninya ke tayangan perdana dunia filem "Freeheld" di Festival Filem Antarabangsa Toronto. Pada bulan Oktober, dia telah membincangkan perihal hubungannya di rancangan "The Ellen DeGeneres Show".
Page menetap di Halifax, Nova Scotia dan mempunyai dua ekor anjing bernama Julie dan Sprout.[14][15]
Menu
Ellen Page Kehidupan PeribadiBerkaitan
Ellen G. White Ellen Pompeo Ellen DeGeneres Ellen Pao Ellen Axson Wilson Ellen Burstyn Ellen Johnson Sirleaf Ellenabad Ellen Alemany EllenhausenRujukan
WikiPedia: Ellen Page http://www.hitfix.com/articles/ellen-page-jesse-ei... http://www.huffingtonpost.com/2013/01/26/x-men-day... http://www.imdb.com/name/nm0680983/ http://movies.nytimes.com/2007/12/05/movies/05juno... http://www.nytimes.com/2008/05/04/fashion/04myanma... http://www.screendaily.com/news/rainn-wilson-ellen... http://www.starpulse.com/news/index.php/2008/12/24... http://rogerebert.suntimes.com/apps/pbcs.dll/artic... http://www.theverge.com/gaming/2012/6/7/3071315/be... http://www.variety.com/article/VR1118065853/